LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Laporan Latihan Industri ini dikemukakan kepada

Jabatan Teknologi Maklumat dan Kominikasi

bagi memenuhi sebahagian dari syarat

penilaian latihan industri dan penganugerahan

Diploma Digital Teknologi

CADANGAN

Program Latihan Industri merupakan suatu program yang amat baik dan berfaedah bagi pelajar politeknik. Ianya adalah bagi menyesuaikan diri dalam keadaan kerja yang sebenar. Pelajar yang berpendidikan tinggi memerlukan pengalaman bekerja sebelum bermula di mana-mana syarikat. Tanpa sebarang pengalaman, pelajar akan menghadapi kesukaran semasa memulakan pekerjaan pada masa akan datang.

Pengalaman merupakan perkara penting dalam mencari pekerjaan pada masa kini . Masa yang diperuntukkan untuk menjalani Program Latihan Industri adalah agak pendek. Ini kerana pelajar yang menjalani latihan industri akan dapat bekerja dengan lebih berkesan sekiranya masa yang diperuntukkan dipanjangkan. Jika dipersetujui, tempoh latihan industri harus dipanjangkan enam bulan agar kami dapat membiasakan diri dengan suasana di alam pekerjaan.